Allah will always gives the best

selamat datang ke paparan saya
moga anda mendapat at least sedikit manfaat daripada tulisan saya
may ALLAH bless you all :)

Friday, 28 December 2012

mom.15years.u've gone.


Few days ago, i look at my family picture. picture of me, my dad and my late mom. i looked at it for a quite long time. terpaku. and feels like the time stops for a while. Without realised, tears flowing down. The memories rewind.



*dulu masa aku duduk Sabah, aku selalu hilang tetiba dari pandangan mak ayah aku. sebab aku selalu ikut naik kereta dengan jiran aku. Dia jual kuih. Satu hari tu, mak and abah call jiran aku tu tanya ada tak aku dengan jiran aku tu sebab diorang dah risau aku hilang tetiba. Then bila aku sampai rumah lepastu mak marah, mak cakap " Kalau nak pergi memana, cakaplah dengan mak, mak risau tau sebab tak nampak korang depan mata." Lepastu aku pun kena mintak maaf. Mak duduk pastu kitorang kena salam kat mak cakap mintak maaf. Mak siap ajar lagi cara nak mintak maaf. haha. Sekarang ni aku pulak yang menangis bila mak takde depan mata.

*satu hari tu, mak sidai baju. anak jiran sebelah ni tegurlah aku. pastu masa kecik-kecik tu aku boleh pulak nak ber'aku kau' dengan budak tu kan? tak sopan langsung. pastu kena tegur dengan mak. comel je.


*mak selalu letak bibir kat lidah before selak muka surat kat buku.


*kat buku mak, mak highlight words dengan highlight warna-warni


*kalau pergi pasar kat Sabah tu aku dengan adik aku Saiful selalu beli sosej tapi kitorang masa tu 
panggil tu 'hotdog'

Me : Mak, hotdog tu maksudnya anjing panas kan? kenapa boleh makan?Mom : Nama lain dia sosej . hotdog tu nama dia je tapi tu bukan anjing pun.
setiap kali pergi pasar aku tanya tapi mak terangkan je banyak kali.


*at stair at my grandparents' house, conversation between me and mom,

Mom: Nanti dah besar tinggal dengan nenek tau?Me: Kenapa mak? Mak tak nak bawak saya tinggal dengan mak ke?Mom : Adalah. Lagipun Nenek pandai mengaji, nanti belajar dengan nenek eh?
Aku tak perasan pape pun masa tu. before mak nak pergi pun mak nak yang terbaik untuk aku. :(
And yes, lepas tu aku memang tinggal dengan nenek atuk pun. Aku tak boleh nak stay dengan ayah aku lelama pun.


* 3 Disember 1997
masa tu aku tengah main lecak kat depan rumah sedara aku dekat Subang Jaya. Tetiba aku nampak ayah aku tergesa-gesa keluar. Aku nak ikut tapi semua orang tak bagi. Lepas dah menangis-nangis sebab tak dapat pergi aku pun duduk je kat rumah tu. Semua orang peluk-peluk aku and diorang pun nangis. Aku tak faham pun kenapa diorang nak nangis. Aku ingat diorang nangis sebab nak tolong aku nangis sekali.
barang-barang di pack and kitorang balik kampung.
sampai kat kampung, aku tengok ayah aku senyap je. lepastu aku tengok, ada sebujur tubuh yang dah kena salut dengan kain putih kat ruang tamu rumah atuk aku. semua orang peluk-peluk aku and nangis-nangis. tapi aku tak faham kenapa sampai lah diorang cakap dengan aku, "Mak dah takde"
tapi aku masih tak faham. Aku memang dah lama tak nampak mak tapi aku masih tak faham jugak. Aku ingat mak pergi kerja tak balik lagi. Lepas dah lama sikit tu diorang suruh lah cium tapi aku tak cium pun. Aku pelik kenapa mak kena balut dengan kain macam tu. Tapi aku sempat tengok muka mak, tenang je macam tengah senyum.

Malam tu, adik-adik aku tak dapat tidur. Tapi aku dapat je tidur and aku bermimpi. Aku mimpi mak. Bila dah terbangun tu menangis and tak dapat nak tidur.
Dah lama tu baru aku sedar mak memang tak balik dah.
Since hari tu abah nampak lain, abah selalu pergi pantai. Bila dah besar ni baru aku perasan mesti abah sedih bila pergi pantai. Dulu kitorang selalu je pergi pantai dengan mak. Mesti abah sedih gila.

Honestly, tak banyak pun kenangan yang aku dapat dengan mak aku. she stay with me for 4 years, 5 months and 2 days. Kekadang kalau orang tanya kat aku pasal ni tipulah kalau tak sedih kan? lagi-lagi masa dulu yang orang memang hangat sambut Mother's Day. tu masa sekolah-sekolah dulu la. masa sekolah rendah, cikgu-cikgu ada jual bunga lah apelah tuk students bagi dekat mak kan. Masa tu aku pun beli, banyak aku beli. Tapi aku tak tau pun nak bagi sape. satu aku bagi kat nenek aku. yang lain tu aku simpan je kat dalam bilik. masa tu aku terfikir nak letak kat kubur mak aku tapi aku tak ingat kat mana kubur mak aku. last2, tersadai je kat bilik. and it repeats every year sampailah aku masuk asrama. kalau kat hostel pulak, selalunya hari-hari macam tu aku memang sedih gila sebab diorang akan beratur kat public phone hostel tu nak call mak and ada yang dah plan dah kalau outing ni nak beli ape tuk mak diorang. Kalau kawan yang dah kenal aku tu, waktu-waktu macam tu diorang memang ada je dengan aku sebab diorang tau aku mesti sedih gila.
macam Wawa, Annee.

Aku jujurlah jeles dengan orang yang bila balik masa cuti, mak dia akan masakkan makanan feveret dia. haritu masa balik malaysia, kawan-kawan aku ceritalah pasal sepanjang cuti tu mak diorang masakkan makanan feveret diorang. haha. bersyukur babe, mesti best gila. tapi aku pun bersyukur jugak sebab semua makanan aku suka so kira aku dpat jugak lah semua makanan yang aku suka masa cuti haritu.
and sometimes i got jealous too when they called their mom and tell everything about them, get a hugs when they want. Texting with mom when you have problem. I really wanna have those.Story about how much material that i have to study, difficulties when i have to cook by myself, about boys i like if i have lah. But, Allah really know whats the best for me. And I am grateful for Everything i've got now. Alhamdulillah.

Having a mom cared for you is a blast, really. 





"Mom, its 15 years since you've gone. I really miss you and I always ask Allah to see you in my dream. I'm sorry since i can't do anything to make you happy." 



"Ya Allah, kau jagalah ibuku di sana. Ampunkan dosanya Ya Allah. Masukkanlah dia dalam golongan hambaMu yang beriman. Sampaikan padanya bahawa aku amat merinduinya :) "


dan semoga setiap kali aku melalui jalan itu, aku akn terus ingat kat mak. kesan kemalangan masih terlihat hingga kini begitu jua lah memori ku bersama mak.
mak, doakan saya. saya nak exam ni. rindu sangat kat mak
tapi takpelah, Allah lagi sayang kat mak berbanding sayang saya kat mak :)
sihat je kat sini. dah nak jadi dentist lagi bpe tahun je ni :)
Insyallah jumpa kita nanti dalam syurga :)
tak lama je lagi..salam sayang.
Al fatihah.



ayah sorang batchmate aku ni baru meninggal, doakan moga roh ayahnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman. Semoga dia terus kuat sebab Allah bagi dia ujian yang hanya dia yang mampu tanggung. tengah final exam pulak. takpe, Allah knows best. Al fatihah buat ayah Amirul Izwan..


p/s : thank you for every one yang sanggup bagi pinjam mak diorang macam Nieda, Wawa, Lily, Aira, Mala, Dok, Huda, Sahidah and semua classmates aku since form1. Allah je yang boleh balas jasa korang and mak korang :)

this is not a sad story. this is my story.

1 comment:

  1. Ahak,z kurang faham lg blogging ni..tp byk gak search blog nk meriahkan blog z yg bruk ni..ahak punye template nak kawen!!!eiiiiihaaah,hehe...bau nasi minyak...z kawan ahak lg an walaupun zz jauh dri ahak.. :(

    ReplyDelete