Allah will always gives the best

selamat datang ke paparan saya
moga anda mendapat at least sedikit manfaat daripada tulisan saya
may ALLAH bless you all :)
Showing posts with label family.. Show all posts
Showing posts with label family.. Show all posts

Friday, 28 December 2012

mom.15years.u've gone.


Few days ago, i look at my family picture. picture of me, my dad and my late mom. i looked at it for a quite long time. terpaku. and feels like the time stops for a while. Without realised, tears flowing down. The memories rewind.



*dulu masa aku duduk Sabah, aku selalu hilang tetiba dari pandangan mak ayah aku. sebab aku selalu ikut naik kereta dengan jiran aku. Dia jual kuih. Satu hari tu, mak and abah call jiran aku tu tanya ada tak aku dengan jiran aku tu sebab diorang dah risau aku hilang tetiba. Then bila aku sampai rumah lepastu mak marah, mak cakap " Kalau nak pergi memana, cakaplah dengan mak, mak risau tau sebab tak nampak korang depan mata." Lepastu aku pun kena mintak maaf. Mak duduk pastu kitorang kena salam kat mak cakap mintak maaf. Mak siap ajar lagi cara nak mintak maaf. haha. Sekarang ni aku pulak yang menangis bila mak takde depan mata.

*satu hari tu, mak sidai baju. anak jiran sebelah ni tegurlah aku. pastu masa kecik-kecik tu aku boleh pulak nak ber'aku kau' dengan budak tu kan? tak sopan langsung. pastu kena tegur dengan mak. comel je.


*mak selalu letak bibir kat lidah before selak muka surat kat buku.


*kat buku mak, mak highlight words dengan highlight warna-warni


*kalau pergi pasar kat Sabah tu aku dengan adik aku Saiful selalu beli sosej tapi kitorang masa tu 
panggil tu 'hotdog'

Me : Mak, hotdog tu maksudnya anjing panas kan? kenapa boleh makan?Mom : Nama lain dia sosej . hotdog tu nama dia je tapi tu bukan anjing pun.
setiap kali pergi pasar aku tanya tapi mak terangkan je banyak kali.


*at stair at my grandparents' house, conversation between me and mom,

Mom: Nanti dah besar tinggal dengan nenek tau?Me: Kenapa mak? Mak tak nak bawak saya tinggal dengan mak ke?Mom : Adalah. Lagipun Nenek pandai mengaji, nanti belajar dengan nenek eh?
Aku tak perasan pape pun masa tu. before mak nak pergi pun mak nak yang terbaik untuk aku. :(
And yes, lepas tu aku memang tinggal dengan nenek atuk pun. Aku tak boleh nak stay dengan ayah aku lelama pun.


* 3 Disember 1997
masa tu aku tengah main lecak kat depan rumah sedara aku dekat Subang Jaya. Tetiba aku nampak ayah aku tergesa-gesa keluar. Aku nak ikut tapi semua orang tak bagi. Lepas dah menangis-nangis sebab tak dapat pergi aku pun duduk je kat rumah tu. Semua orang peluk-peluk aku and diorang pun nangis. Aku tak faham pun kenapa diorang nak nangis. Aku ingat diorang nangis sebab nak tolong aku nangis sekali.
barang-barang di pack and kitorang balik kampung.
sampai kat kampung, aku tengok ayah aku senyap je. lepastu aku tengok, ada sebujur tubuh yang dah kena salut dengan kain putih kat ruang tamu rumah atuk aku. semua orang peluk-peluk aku and nangis-nangis. tapi aku tak faham kenapa sampai lah diorang cakap dengan aku, "Mak dah takde"
tapi aku masih tak faham. Aku memang dah lama tak nampak mak tapi aku masih tak faham jugak. Aku ingat mak pergi kerja tak balik lagi. Lepas dah lama sikit tu diorang suruh lah cium tapi aku tak cium pun. Aku pelik kenapa mak kena balut dengan kain macam tu. Tapi aku sempat tengok muka mak, tenang je macam tengah senyum.

Malam tu, adik-adik aku tak dapat tidur. Tapi aku dapat je tidur and aku bermimpi. Aku mimpi mak. Bila dah terbangun tu menangis and tak dapat nak tidur.
Dah lama tu baru aku sedar mak memang tak balik dah.
Since hari tu abah nampak lain, abah selalu pergi pantai. Bila dah besar ni baru aku perasan mesti abah sedih bila pergi pantai. Dulu kitorang selalu je pergi pantai dengan mak. Mesti abah sedih gila.

Honestly, tak banyak pun kenangan yang aku dapat dengan mak aku. she stay with me for 4 years, 5 months and 2 days. Kekadang kalau orang tanya kat aku pasal ni tipulah kalau tak sedih kan? lagi-lagi masa dulu yang orang memang hangat sambut Mother's Day. tu masa sekolah-sekolah dulu la. masa sekolah rendah, cikgu-cikgu ada jual bunga lah apelah tuk students bagi dekat mak kan. Masa tu aku pun beli, banyak aku beli. Tapi aku tak tau pun nak bagi sape. satu aku bagi kat nenek aku. yang lain tu aku simpan je kat dalam bilik. masa tu aku terfikir nak letak kat kubur mak aku tapi aku tak ingat kat mana kubur mak aku. last2, tersadai je kat bilik. and it repeats every year sampailah aku masuk asrama. kalau kat hostel pulak, selalunya hari-hari macam tu aku memang sedih gila sebab diorang akan beratur kat public phone hostel tu nak call mak and ada yang dah plan dah kalau outing ni nak beli ape tuk mak diorang. Kalau kawan yang dah kenal aku tu, waktu-waktu macam tu diorang memang ada je dengan aku sebab diorang tau aku mesti sedih gila.
macam Wawa, Annee.

Aku jujurlah jeles dengan orang yang bila balik masa cuti, mak dia akan masakkan makanan feveret dia. haritu masa balik malaysia, kawan-kawan aku ceritalah pasal sepanjang cuti tu mak diorang masakkan makanan feveret diorang. haha. bersyukur babe, mesti best gila. tapi aku pun bersyukur jugak sebab semua makanan aku suka so kira aku dpat jugak lah semua makanan yang aku suka masa cuti haritu.
and sometimes i got jealous too when they called their mom and tell everything about them, get a hugs when they want. Texting with mom when you have problem. I really wanna have those.Story about how much material that i have to study, difficulties when i have to cook by myself, about boys i like if i have lah. But, Allah really know whats the best for me. And I am grateful for Everything i've got now. Alhamdulillah.

Having a mom cared for you is a blast, really. 





"Mom, its 15 years since you've gone. I really miss you and I always ask Allah to see you in my dream. I'm sorry since i can't do anything to make you happy." 



"Ya Allah, kau jagalah ibuku di sana. Ampunkan dosanya Ya Allah. Masukkanlah dia dalam golongan hambaMu yang beriman. Sampaikan padanya bahawa aku amat merinduinya :) "


dan semoga setiap kali aku melalui jalan itu, aku akn terus ingat kat mak. kesan kemalangan masih terlihat hingga kini begitu jua lah memori ku bersama mak.
mak, doakan saya. saya nak exam ni. rindu sangat kat mak
tapi takpelah, Allah lagi sayang kat mak berbanding sayang saya kat mak :)
sihat je kat sini. dah nak jadi dentist lagi bpe tahun je ni :)
Insyallah jumpa kita nanti dalam syurga :)
tak lama je lagi..salam sayang.
Al fatihah.



ayah sorang batchmate aku ni baru meninggal, doakan moga roh ayahnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman. Semoga dia terus kuat sebab Allah bagi dia ujian yang hanya dia yang mampu tanggung. tengah final exam pulak. takpe, Allah knows best. Al fatihah buat ayah Amirul Izwan..


p/s : thank you for every one yang sanggup bagi pinjam mak diorang macam Nieda, Wawa, Lily, Aira, Mala, Dok, Huda, Sahidah and semua classmates aku since form1. Allah je yang boleh balas jasa korang and mak korang :)

this is not a sad story. this is my story.

Wednesday, 16 May 2012

me.miss.my dad.



assalamualaikum..


keifku?how are you?apa khabar?moga berada dalam keadaan baik..
nak share satu video ni..
aku tak tau lah korang touching ke tak tengok video ni tapi ada gak lah yang tengok sampai meleleh-leleh air mata *xnak mengaku akulah orgnye*

then i realised that a dad also sacrifice a lot for their children T.T
especially when his wife has gone T.T


mesti father-father ada nangis gak kan? tapi kite je tak tau..

kalau lelaki dah menitiskan airmata tu, maknanye dia dah sedih sangat..
cuba kalau bayangkan kita dah buat ayah kita nangis sebab sedih..maknanya dasyat sangat lah apa yang kita buat kat diorang tu..jahat sangat lah kiranya?
pernah tak kita buat ayah kita nangis?


dad, have i ever make you cry?make you hurt?
:'(
i'm so sorry..

tengoklah video ni..tak tau lah aku ke yang ter touching over atau memang cite ni sedih sikit..value dy dalam tu yang menyayat hati..kalau segi teknikal dia,kuranglah touching sikit..




dedicate to my dad,

 I LOVE YOU SO

SORRY FOR BEING SUCH A DISOBEDIENT DAUGHTER TO YOU
 *dulu je,sekarang tak! hehe..insyALLAH *

saya doakan abah sentiasa berada dalam keadaan baik
may ALLAH ease your life,abah..
even i'm not in front of you now,abah but i want you to know that i really miss you..
insyALLAH,from now onwards,i'll try to be a good daughter to you!
sorry sebab terlambat sedar whatever you ask me to do is for my own good..
not for your own good but mine..
why i didn't realised that and keep thinking what you ask me to do is for you,not me..
i thought you were selfish,sending me to boarding school,sending me abroad....
BUT.....
i know now..all father want the best for their children..
not for themselves..
but for their beloved children..
why i didn't realised it before????

sorry sebab ada bad thought kat abah macam tu..:(
i'm sorry!!!!!

take care dear abah, i will make you proud!
saya lah my daddy's girl!




letak gambar ni sebab teringat masa kecik-kecik abah selalu bawak pergi pantai hehe






salam sayang dari anakmu yang comel hihihi..


love ya!!!!



p/s:bila hidup berjauhan,barulah rasa nak appreciate orang kan? xbaik betullah aku ni :(
i love you abah!!!




ALLAH,jagakanlah ayahku dan ahli keluargaku daripada sebarang bencana dunia dan jauhilah mereka daripada seksa api nerakaMU mahupun seksa kuburMU..kerna merekalah harta ku di dunia..
ALLAH,sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku..titipkanlah rasa cinta kepadaMU dalam hati kami agar kami sentiasa menapak di jalanMU
lindungilah kami serta muslimin,muslimat daripada bisikan syaitan..bantulah kami agar sentiasa berada dekat denganMU ya ALLAH..


amin
amin
ya rabbal alamin..


Friday, 16 March 2012

.i.love.grandma.

Assalamualaikum..
memandangkan this is my first post so sekarang pun rasa homesick so why not started this blog as an appreciation to my loved ones which is my manja grandma.. :)
taktau pe nak cerita tapi nak cite gak pasal 'she' ny.
dialah yang treated me since kecil and tak pernahlah nak mengeluh take care of me since i am sangat
NAKAL AND ANNOYING

banyak sangat nak cerita pasal 'she' ny tapi nak cerita pasal latest story about her which is related to me..

pada suatu hari sebelum exam organic chemistry terdetiklah hati ini ingin call nenek..
'lamanya x call nenek..rindu nenek'
so guna weinak semua memandangkan diri ini di perantauan..xleh blah ayat
call lah nenek dengan semangatnya..ahh..rindunye nenek..yelah budak nakal call nenek..mestilah dengan nada egonye bajet tak rindu.
bila dah dengar suara tu rasa best tu taktaulah nak kata camne!! seronok kott..
tetibe......
'nek,kenapa senyap ni?'








'isk.isk.isk.isk.'
'nenek nangis ke?? kenapa?'tanyaku penuh persoalan
'lamanye tak call nenek. nenek rindu. hari-hari tunggu call dari kamu tapi tak call pun.hari tu dengan pak usu gi universiti tetttt nampak ramai student nak jadi doktor, tengok diorang, teringat kamu. nak call kamu, x ada nombor..'

papppp..
terasa ada beban jatuh di kepala..pehh derhaka gila aku ny :(
terasa berdosa yang amatttt..even nenek bukan parents kita pun we shud appreciate her jugak..yelah sejak duk jauh ny asyik call ayah and mak je..nenek and atuk dilupa..mestilah diorang sedih gila kan..
tapi tak sangka gak nenek nangis sebab den.HAHAH,,maklumlah cucu paling nakal.
selalu kena marah.
selalu kena pukul.
selalu kena tegur.
tapi bila aku jauh nenek nangis sebab aku ..so tu maknenye apa?????
she do loves me :)
since that i promised to her that i will always call her :))))
babe,jasa semua orang kat sekeliling kita jangan lupa..:D

tu lah cerita mengenai she..she yang aku sayanggg sangat..pengganti ibu di saat ibu kandungku tiada..ingat sahabat,nenek pun a part of our life..lepas ni sumpah aku taknak lupa dia lagi walau sibuk mana pun aku..aku kira jahatlah bila lupakan dia kan..yelah aku NAKAL TAPI TAK JAHAT OKAY :)

lepas ni kenalah beringat walau jauh mana pun kita,tempat asal jangan lupa.family,tanah air..CEWAHH..ayat aku tak boleh blah..
papehal pun we stand for MALAYSIA *tetbe
arigato gozaimas
xie xie ni
syukran
 for reading..
semoga ada manfaat tuk yang membaca :)

ada akal ada minda ,
beramal dengan hati bermula dengan minda

salam,
dari yang jauh...