Allah will always gives the best

selamat datang ke paparan saya
moga anda mendapat at least sedikit manfaat daripada tulisan saya
may ALLAH bless you all :)
Showing posts with label life.. Show all posts
Showing posts with label life.. Show all posts

Tuesday, 8 January 2013

exams.love.me.



Yeah you!
exams, yes you.
I know you love me, thats why u always close to me.
Yes,
I'm an examophilic!

I'm ending my 2012 with you and start 2013 with you too.
See how much you wanna be with me?

Allah ease insyallah.
Bittaufiq shabat2 yang exam jugakk!

Allah, be with us, close to us.

Alhamdulillah untuk segala nikmat.

so lets start again, Bismillah..



Friday, 28 December 2012

mom.15years.u've gone.


Few days ago, i look at my family picture. picture of me, my dad and my late mom. i looked at it for a quite long time. terpaku. and feels like the time stops for a while. Without realised, tears flowing down. The memories rewind.



*dulu masa aku duduk Sabah, aku selalu hilang tetiba dari pandangan mak ayah aku. sebab aku selalu ikut naik kereta dengan jiran aku. Dia jual kuih. Satu hari tu, mak and abah call jiran aku tu tanya ada tak aku dengan jiran aku tu sebab diorang dah risau aku hilang tetiba. Then bila aku sampai rumah lepastu mak marah, mak cakap " Kalau nak pergi memana, cakaplah dengan mak, mak risau tau sebab tak nampak korang depan mata." Lepastu aku pun kena mintak maaf. Mak duduk pastu kitorang kena salam kat mak cakap mintak maaf. Mak siap ajar lagi cara nak mintak maaf. haha. Sekarang ni aku pulak yang menangis bila mak takde depan mata.

*satu hari tu, mak sidai baju. anak jiran sebelah ni tegurlah aku. pastu masa kecik-kecik tu aku boleh pulak nak ber'aku kau' dengan budak tu kan? tak sopan langsung. pastu kena tegur dengan mak. comel je.


*mak selalu letak bibir kat lidah before selak muka surat kat buku.


*kat buku mak, mak highlight words dengan highlight warna-warni


*kalau pergi pasar kat Sabah tu aku dengan adik aku Saiful selalu beli sosej tapi kitorang masa tu 
panggil tu 'hotdog'

Me : Mak, hotdog tu maksudnya anjing panas kan? kenapa boleh makan?Mom : Nama lain dia sosej . hotdog tu nama dia je tapi tu bukan anjing pun.
setiap kali pergi pasar aku tanya tapi mak terangkan je banyak kali.


*at stair at my grandparents' house, conversation between me and mom,

Mom: Nanti dah besar tinggal dengan nenek tau?Me: Kenapa mak? Mak tak nak bawak saya tinggal dengan mak ke?Mom : Adalah. Lagipun Nenek pandai mengaji, nanti belajar dengan nenek eh?
Aku tak perasan pape pun masa tu. before mak nak pergi pun mak nak yang terbaik untuk aku. :(
And yes, lepas tu aku memang tinggal dengan nenek atuk pun. Aku tak boleh nak stay dengan ayah aku lelama pun.


* 3 Disember 1997
masa tu aku tengah main lecak kat depan rumah sedara aku dekat Subang Jaya. Tetiba aku nampak ayah aku tergesa-gesa keluar. Aku nak ikut tapi semua orang tak bagi. Lepas dah menangis-nangis sebab tak dapat pergi aku pun duduk je kat rumah tu. Semua orang peluk-peluk aku and diorang pun nangis. Aku tak faham pun kenapa diorang nak nangis. Aku ingat diorang nangis sebab nak tolong aku nangis sekali.
barang-barang di pack and kitorang balik kampung.
sampai kat kampung, aku tengok ayah aku senyap je. lepastu aku tengok, ada sebujur tubuh yang dah kena salut dengan kain putih kat ruang tamu rumah atuk aku. semua orang peluk-peluk aku and nangis-nangis. tapi aku tak faham kenapa sampai lah diorang cakap dengan aku, "Mak dah takde"
tapi aku masih tak faham. Aku memang dah lama tak nampak mak tapi aku masih tak faham jugak. Aku ingat mak pergi kerja tak balik lagi. Lepas dah lama sikit tu diorang suruh lah cium tapi aku tak cium pun. Aku pelik kenapa mak kena balut dengan kain macam tu. Tapi aku sempat tengok muka mak, tenang je macam tengah senyum.

Malam tu, adik-adik aku tak dapat tidur. Tapi aku dapat je tidur and aku bermimpi. Aku mimpi mak. Bila dah terbangun tu menangis and tak dapat nak tidur.
Dah lama tu baru aku sedar mak memang tak balik dah.
Since hari tu abah nampak lain, abah selalu pergi pantai. Bila dah besar ni baru aku perasan mesti abah sedih bila pergi pantai. Dulu kitorang selalu je pergi pantai dengan mak. Mesti abah sedih gila.

Honestly, tak banyak pun kenangan yang aku dapat dengan mak aku. she stay with me for 4 years, 5 months and 2 days. Kekadang kalau orang tanya kat aku pasal ni tipulah kalau tak sedih kan? lagi-lagi masa dulu yang orang memang hangat sambut Mother's Day. tu masa sekolah-sekolah dulu la. masa sekolah rendah, cikgu-cikgu ada jual bunga lah apelah tuk students bagi dekat mak kan. Masa tu aku pun beli, banyak aku beli. Tapi aku tak tau pun nak bagi sape. satu aku bagi kat nenek aku. yang lain tu aku simpan je kat dalam bilik. masa tu aku terfikir nak letak kat kubur mak aku tapi aku tak ingat kat mana kubur mak aku. last2, tersadai je kat bilik. and it repeats every year sampailah aku masuk asrama. kalau kat hostel pulak, selalunya hari-hari macam tu aku memang sedih gila sebab diorang akan beratur kat public phone hostel tu nak call mak and ada yang dah plan dah kalau outing ni nak beli ape tuk mak diorang. Kalau kawan yang dah kenal aku tu, waktu-waktu macam tu diorang memang ada je dengan aku sebab diorang tau aku mesti sedih gila.
macam Wawa, Annee.

Aku jujurlah jeles dengan orang yang bila balik masa cuti, mak dia akan masakkan makanan feveret dia. haritu masa balik malaysia, kawan-kawan aku ceritalah pasal sepanjang cuti tu mak diorang masakkan makanan feveret diorang. haha. bersyukur babe, mesti best gila. tapi aku pun bersyukur jugak sebab semua makanan aku suka so kira aku dpat jugak lah semua makanan yang aku suka masa cuti haritu.
and sometimes i got jealous too when they called their mom and tell everything about them, get a hugs when they want. Texting with mom when you have problem. I really wanna have those.Story about how much material that i have to study, difficulties when i have to cook by myself, about boys i like if i have lah. But, Allah really know whats the best for me. And I am grateful for Everything i've got now. Alhamdulillah.

Having a mom cared for you is a blast, really. 





"Mom, its 15 years since you've gone. I really miss you and I always ask Allah to see you in my dream. I'm sorry since i can't do anything to make you happy." 



"Ya Allah, kau jagalah ibuku di sana. Ampunkan dosanya Ya Allah. Masukkanlah dia dalam golongan hambaMu yang beriman. Sampaikan padanya bahawa aku amat merinduinya :) "


dan semoga setiap kali aku melalui jalan itu, aku akn terus ingat kat mak. kesan kemalangan masih terlihat hingga kini begitu jua lah memori ku bersama mak.
mak, doakan saya. saya nak exam ni. rindu sangat kat mak
tapi takpelah, Allah lagi sayang kat mak berbanding sayang saya kat mak :)
sihat je kat sini. dah nak jadi dentist lagi bpe tahun je ni :)
Insyallah jumpa kita nanti dalam syurga :)
tak lama je lagi..salam sayang.
Al fatihah.



ayah sorang batchmate aku ni baru meninggal, doakan moga roh ayahnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman. Semoga dia terus kuat sebab Allah bagi dia ujian yang hanya dia yang mampu tanggung. tengah final exam pulak. takpe, Allah knows best. Al fatihah buat ayah Amirul Izwan..


p/s : thank you for every one yang sanggup bagi pinjam mak diorang macam Nieda, Wawa, Lily, Aira, Mala, Dok, Huda, Sahidah and semua classmates aku since form1. Allah je yang boleh balas jasa korang and mak korang :)

this is not a sad story. this is my story.

Saturday, 22 December 2012

my.end.1st sem 2nd yr.

Assalamualaikum..




well its been a long time i didn't write anything in here.
sometimes aku rasa ada banyak bendaaaaaa nak cakap tapi masa tak mengizinkan, buku menjerit nak aku ada kat sisi diorang and the end, aku tak dapat pun nak luahkan ape yang terlintas kat fikiran aku.

abah pun dah tanya-tanya kenapa aku dah lama tak update, then aku cakap busy exam whatsoever. kalau nak ikut busy tu memang tak ke mana lah hidup ni hmm

actually aku dah nak habis sem 1 tahun 2 ni.. tinggal final je..
and semua orang tengah struggling, surviving for life. xdela life sgt..
tapi sem ni memang banyak ajar aku pasal hiduplah..betul lah kata senior kan, sem ni lah kita akn rasa apa yang tak pernah rasa..
orang yang hebat pun akan rasa down.. ada masa yang kau memang hanya mampu berserah..ada masa kau menangis..tp mostly gelaklah,,xkan nak sedih je memanjang.

bila dah jadi dental student,medical student ni, tipulah kalau dorang kata :

"takdelah, aku tak study pun."

semua orang study dengan hard sebenarnya. malas macam mana pun kau, kau akan belajar jugak.. kata pun medical dental student.hmm, tu pun ape yang aku tengoklah and apa yang aku alami..

well sun can't always shine, sometimes rain comes then you'd see the rainbow.
life pun macam tu jugak..
belajar belajar belajar belajar sampai dah power dah ni tetiba exam ada yang tak boleh ingat, pastu tak dapat jawab, tengok markah tuptup mengecewakan..tapi ingatlah, ada sebab kan kenapa jadi macam tu..sebelum kau start exam tu Allah dah ada dah markah kau.. All you need is grateful no matter how much mark you get.. Bersyukur tu penting! Serius ni!

ada lah si F ni cakap kat aku, "kalau kita belajar pasal exam, mse exam je lah kita ingat..kekadang dalam kelas, rasa dah mengantuk sangat ni, dah xley nak absorb, kau pujuk hati kau, wehh kau nak jadi doktor ni.. kau belajar sebab kau nak jadi doktor ni, takkan kau nak biar patient kau mati sebab banyak benda yang kau tak ingat, sebab kau belajar selama ni sebagai pelajar yang nak exam, bukan sebagai doktor or dentist"

*jawdrop*

kata-kata dari seorang bakal doktor yang akan merawat korang.. HAHHAHA..
mcm ni lah aku nak meng ending kan sem aku kali ni..aku harap Allah permudahkan lah segalanya untuk aku, dah tinggal final dah ni..banyak yang aku dapat kutip and belajar utk mematangkan diri aku..

aku pun xtau cmne nak endingkan entry kali ni hahhaha..boleh x end kat sini je?
hehhe buku dah memekik panggil aku..
doakan aku nak exam final minggu niiii :)

may Allah ease...



p/s : sem ni best! :)

Sunday, 11 November 2012

special.post.for.friends.


salam,

 special post for a special friend :)



ada dua kawan yang post ni ditujukan :)
First Nur Zuhaili yang birthdaynye hari niiiii :)
terharu tak aku buat post tuk kau huuuuuu :)
aku di kejauhan ni hanya mampu bagi ni je kat kau :)
hehe..
kira celebrate dari blog je lah ye :)

dah tua dah kau hehe padahal aku lagi lah tua dari kau kan..
tapi there are some piece of wish and advice je lah yang mampu aku bagi sempena penambahan usia kau ni hehehe

jee, Happy Birthday :0
may ALLAH bless you and ease your life :0
He'll help especially when you put more trust in HIM :)
be a good muslimah Pharmacist :)
rakyat jelata is waiting for you there in Malaysia :D
kau patut berbangga aku online semata nak wish bday kau lol :D
btw, ingat semakin bertambah umur semakin dekat masa kita dengan mati..
semoga bertambahnya umur, amal juga bertambah :)
love you until jannah :D

thanks friend sebab banyak help aku in adding more faith to Allah :')
thanks jugak sebab selalu bagi aku banyak ilmu baru yang aku tak pernah jumpa kat tempat lain.
Actually masa yang kita habiskan sesama masa aku balik Malaysia haritu bagi aku ruang untuk bukak chapter baru dalam kehidupan aku which makes me even stronger now.
thankyouuuuuu!
tu lah orang kata, kawan yang sejati ialah kawan yang ingatkan kita tentang Dia :)
thanks friend! ukhwahfillah :DD





ingat tak masa kau datang rumah aku raya haritu. thankyou korang sebab datang rumah :)



Di India. Sorry aku cilok gambar kau huu.
okay next subchapter is dedicates to Nurhuda yang baru menjejakkan kaki ke tanah India pada 3/11 haritu :D

our next Sc Johorean yang fly. Proud of you, friend :)

sekarang ni number dia pun tak activates lagi so kitorang dapat jumpa dia through twitter je :)
tu lah dulu asyik jeles dengan aku sebab aku fly, tengok! Allah bagi kau even more rezeki lagi. Fly after a year kat Malaysia. Dapat lepak2 dengan family and friends jap, dapat nikmati kehidupan kat Malaysia sebelum hidup jadi hectic lepas ni. Maklumlah, medical studentlah katakan.. HAHAHA.

Huda, aku harap kau akan sentiasa lebih kuat lepas ni.
Your life gonna be tough, bukan apa. Sebab kita ni kat negara orang. Tapi that will make your life even more colorful and interesting. Yelah, nangis sikit sebab homesick , countrysick,friendsick, schoolsick memula tu normal lah... :)

put your faith more in HIM inshaAllah HE'll ease your way :)
papehal nanti contactlah aku ye hehe
sorrylah sebab tak dapat hantar kau fly haritu huuu

take care for both of you.. doakan lah aku, exam je memanjang ni huuuuu

salam sayang,
Friend.


p/s: nanti aku buat post tuk kengkawan awesome aku yang lain ek? aku sayang semua, jangan risau :)




me.extraordinary.dentist.

salam..
huu lama x post2 kan :)
mesti semua orang cari mana lah budak ni..hehe..walhal takde pun eh nak cari HAHAH


nak cite sikit ni pasal ambition..
adalah satu conversation dalam bas nak balik rumah tadi oleh si A dan si N..pendek je conversationnye..

N : "What is your ambition?"
A: "At your 20 can you still change your ambition? We're dental students now of courselah our ambition is to be a dentist. Insyallah. No doubt."
N : "Of course you can change. Ordinary one or Extraordinary. You choose."

haha.
Bila tengok balik, betul gak, aku dah jadi dental student kot. Boleh ke lagi nak tukar ambition sekarang, melainkan lah kalau Allah aturkan untuk lebih baik. Tapi ambition ni, apa yang kita nak kan, dah amek Dentistry, ape lagi ambition yang kau nak? Dentist lah kan?

But,
you still have choice der!



macam si N kata lah kan. betul gak ape dia cakap tu. Still have to choose to be an ordinary dentist or an extraordinary yang mungkin akan menaikkan kualiti dalam bidang Dentistry ni.

Actually, aku inspired by Drama Team medical Dragon tu. Asada tu nampak macam doktor biasa je tapi by latihan and rajin, dia akhirnya boleh jadi doktor hebat kot. Tapi masa dalam drama tu dia dah hebat lah kan. Same goes to Ijyuiin yang pada usia muda dah boleh jadi doktor bedah yang hebat huu.
aku takdelah amek medik tapi aku boleh gak buat dalam bidang dentistry aku ni kan? :)

so ape lagi kan? belajar start dari sekarang. Bukan baca buku semata tapi praktikkan jugak.. Hmm, takut kang cakap je lebih..



jom jadi EXTRAORDINARY :)


p/s : Selasa ni 13/11 exam mid term anatomy lab, doakan :)

bermanfaat.untuk.orang.lain.

Nak share sikit satu cerita yang menarik.. selingan sementelah penat menelaah..
panjang sikit ceritanya tapi worth to read.. insyallah :)
macam ni ceritanya...

Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apakah doamu pada hari ini?" tany Ahmad kepada sahabatnya, Ali.
"Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.
"Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hanya tersenyum tanpa berkata apa.

Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."
"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.
Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertany, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.
Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
"Alhamdulillah... Tahniah, Ali."
"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.
"Kenapa dengan anakmu?"
"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."
"InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
"Bagaimana dengan anakmu?" tany Ali.
"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."
"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"
"Kenapa dengan aku?"
"Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."
"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."
"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."
"Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.

sweetkan cerita ni? hidup kita bukan untuk diri sendiri tetapi juga untuk menjadi bermanfaat kepada orang lain.. Semoga setiap dari kita mempunyai sikap yang sama seperti sahabat ni.

 Buka minda dengan luas , cerita ni x smestinya untuk konteks sahabat je, mungkin jugak kepada saudara-saudara kita yang nun di merata dunia..Entah apa nasib mereka. 

Dah nama pun saudara, sahabat patutnya kenalah beri something kan? 

Nak bagi tu bukanlah bagi dari segi harta je, doa pun boleh. Doa is one of our best weapon especially as a muslim kan. Doa ni sangat berharga lebih2 lagi apabila doa tu xdiketahui oleh penerima. Manalah tau kan sebenarnya kehidupan or life kita ni pun atas doa orang lain. Betul x? Wallahualam.
jom jadi bermanfaat pada orang lain :)

Thursday, 18 October 2012

ujian.itu.penguat.

Assalamualaikum..

Ya Allah syukur sangat dapat jejak balik kat Jordan ni.
jumpa kawan, jumpa rumah, jumpa bilik..
which actually aku terfikir untuk tak nak jumpa lagi masa aku kat Malaysia hari tu.
kepulangan aku ke Malaysia banyak menguji aku. dari pelbagai aspek.
dari segi kekuatan diri, kebergantungan pada Allah, kesabaran, sikap.

Jujurnya, aku balik haritu tak membawa perubahan. which aku tahu ramai yang sedih sebab dah susuk setahun jejauh tapi balik tak bawak apa-apa.
tapi aku pun manusia biasa yang masih membina diri, menguat hati and sikap aku yang dah bermaharajalela selama 18 tahun sebelum ni memang susah aku nak kikis.
disebabkan kesalahan aku yang tidak merubah diri ni, Allah telah memberikanku ujian demi ujian.
dan aku, memang jenis yang banyak memendam sendiri mencuba belajar dari setiap ujian dan mencari hikmahnya.

PERIT!
UJIAN ITU PERIT!

memang betul. aku tak nafikan. tapi ujian tu yang akan menunjukkan siapa kita sekarang.

aku akui, aku tak sempurna and banyak kesalahan yang pernah aku buat. tapi bantulah aku, aku jugak sedang nak cari identiti diri, cara nak kukuhkan jati diri dan cuba nak ubah banyak sikap yang memang susah nak dibuan :'(
ampunkan diri ini jika sepanjang keberadaan di Malaysia, tidak mampu menjadi yang terbaik.
isk isk isk

Astaghfirullah..





btw, sekarang ni tengah exam week.biasalah sampai kawan aku pun cakap "bila je yang kau ni tak exam?"

subjek tahun 2 as Dental student ni dah tak boleh memain ni.. dah serius punya..kali ni aku ada 5 subjek and 4 lab..

#Physiology
#Pathology
#Anatomy
#Histology
#Genetics

labss..

#Physiology Lab
#Pathology Lab
#Anatomy Lab
#Histology Lab

dan exam exam exam exam hahaha

semoga mudah untukku jawab semua exam ni dan dapat faham semua ilmu ni dengan mudah jugak

Insyallah, HE will ease :)

got to go, books are waitingg :)


"Sedih (akan masa silammu). Takut (akan masa depanmu). Jika ada perkara ini dalam dirimu, maka ada masalah dengan imanmu"
quoted to myself too -.-

Sunday, 1 July 2012

me.move.house

Assalamualaikum.

apa khabar? keifku? ni hao ma?
semoga semuanya berada dibawah rahmatNYA :D

what a tiring day i have been through..!
akhir-akhir ni kena berulang alik dari sakan (asrama) ke rumah baru..
angkat-angkat barang..angkat-angkat tilam.
perabot pun angkat jugak * tak, yang ni tipu..
angkat-angkat buku semua..
ala, boleh tak pasni tak nak pindah2 lagi..penat -.-
hari ni last moving barang-barang..75% dah siap..
memanglah penat..tak tipu..tapi dah membina muscle jugak lah sebenarnya..
otot-otot dah kuat..haa, strong dah I ni :P

sebenarnya keadaan tengah messy gila sekarang ni tapi ambil masa updayte blog jap supaya abah tau ni dah nak pindah ke rumah baru :)

harapnya rumah baru ni xda sebarang masalah lah..
harap semuanya okay dan Allah memudahkan urusan kami di rumah baru :)

sebelum tu nak dedicate setinggi-tinggi penghargaan pada syabab2 (lelaki)
ahli batch DOME yang dah tolong kitorang..aku rasa syabab2 ni semua dah strong gila dah sebab asyik kena tolong akhawat2 (perempuan)
may ALLAH bless korang!
ALLAH je yang boleh balas jasa korang..

okay nak final touch kepada barang-barang yang nak dipindah..HIHI..
doakan rumah baru kitorang best and kondusif untuk kitorang belajar :D
dan semoga kitorang boleh buat rumah tu rasa macam rumah kat Malaysia..kuranglah sikit rindu kat Malaysia nantii..
 hihi
okay abah, nak pindah dah ni...huhu..selamat-selamat :D

dari kami,
arzte beau

p/s: exactly sebulan lagi nak balik Malaysia :P
Malaysia, wait for me :)

Friday, 22 June 2012

peringatan.for.me.

Assalamualaikum

apa khabar? moga sentiasa dirahmati Allah..

baru-baru ni aku mendapat kejutan daripada orang yang aku paling rapat..
mungkin juga satu musibah padanya..


tiada istilah musibah dalam Islam..


dugaan maksud aku..
tetapi kejadian itu turut memberikan kesan kepadaku untuk beberapa lama..
kisah itu usahlah aku ceritakan cuma sedikit coretan ingin aku nukilkan di sini sebagai peringatan kepada diriku sendiri.

ya, apabila kita ditimpa sesuatu pasti kita menyalahkan takdir..tetapi,salah ke takdir tu?
Allah dah tetapkan setiap perkara yang terjadi kepada kita..
dugaan, cabaran tu semua hanya nak uji diri kita sejauh mana tahap pergantungan kita pada ALLAH..
aku faham je benda tu payah kita nak terima...and aku pun belum tentu mampu nak hadapi kalau benda tu jadi kat aku...
dan kenapa Allah pilih dia untuk hadapi benda tu?
   : sebab hanya dia yang mampu hadapi..mungkin kalau orang lain yang berada dalam situasi dia, xmampu n xtabah tuk hadapi nya..mungkin jugak kalau orang lain dalam keadaan dia akan bunuh diri bila dapat ujian tu..na'uzubillah..
aku tak mampu nak bagi support kat dia memandangkan dia jauh dari aku..aku hanya mampu berdoa moga dia sentiasa tabah dalam setiap ujian yang Allah berikan kepadanya..serta berdoa agar dia sedar ujian itu diberikan kepadanya untuk mendekatkan lagi dia pada ALLAH, bukan menjauhkan lagi padaNYA..

benda ni pun memberi pengajaran pada aku dan pada orang-orang sekeliling dia..aku harap sangat semua orang kat sekeliling dia bagi moral support kat dia, bukan berterusan menyalahkan dia atas apa yang terjadi..yelah, ujian ni berlaku kat dia sekarang...kita tak tahu bila hari kita pulak..kalau kita keep on salahkan dia, apa je boleh berubah kan? ALLAH tahu apa yang terbaik untuk dia..mungkin jugak ni yang terbaik untuk dia sekarang..

seriously kalau aku kat depan dia sekarang and cakap pape pun, belum tentu dia akn terima sebab aku tahu aku takkan pernah faham perasaan dia..tapi one thing yang aku tau, there's must be a beautiful rainbow waiting after it's raining hard..dugaan yang berat yang dia hadapi kalau dia dapat tempuh dengan cemerlang, mesti ALLAH balas dengan benda yang besar jugak kan? kalau bukan kat dunia ni, kat akhirat nanti..even kita x nampak sekarang, tapi we have to put faith more in HIM.

.and bear in mind, walaupun semua orang tinggalkan kau and stay away from kau, ALLAH takkan pernah sesaat pun lupakan patah lagi tinggalkan kau..

memang benda ni sangat bagi tamparan hebat pada aku..moga, tangan yang menaip ini sentiasa beringat akan perkara yang ditaipnya..moga ALLAH turut lindungi aku daripada dugaan yang tidak mampu aku terima..


papepun kawan, everything happen for a reason..
ALLAH rindukan tangisan kau untuk berdoa dan mengadu kepadaNYA..
may ALLAH bless you, friend..
insyallah ALLAH mudahkan segalanya..
be tough babe..ALLAH always be with you :)

semoga pape yang jadi turut menjadi peringatan buatku..

ya ALLAH,lindungilah kami dan bantulah kami dalam setiap ujian yang kau berikan..
Aminn..

dengan linangan air mata buat kawan yang disayangi..

Tuesday, 19 June 2012

me.summer.sem

assalamualaikum..

keifku?apa khabar?
semoga sentiasa dibawah rahmatNYA..
summer sem dah starttttttt!!!!!!!!!!

oh ALLAH, semester ini sangat penat..
and aku dah kena start cari cara belajar untuk musim ni..
exam dah dekat..selasa ni T.T

hari-hari boleh katakan belajar subjek yang sama, aku harap aku tak malas dan masih terus bersemangat..
doakan aku berjaya dengan cemerlang sem ni :)

dear abah,doakan :D
and abah, lagi brape minggu je nak jejak malaysia niiiii :D
miss you all dear family, take care :D
need to study..goodbye!

Tuesday, 5 June 2012

me.grateful.

assalamualaikum..

keif halku?apa khabar?ni hao ma?
semoga semua yang melawat berada dalam keadaan sihat hendaknya..

i want to story-story about result 2nd sem..
no, bukan nak cite secara detail pun tapi nak bagitau macam mana keajaiban yang ALLAH bagi kat aku..
the story begin...

yes! 2nd sem is really not easy..
for me lah..
oh susahnyaaaaaaaaaaaaaa :(
looks like easy but yet it is not!
after being through with those subjects, i realised that they are not easy!
sampai satu tahap tu aku rasa macam kalau aku dah lulu and dapat markah cukup-cukup makan pun xpelah..
everytime dpat markah tu memang doa sangat-sangat lulus..
yelah,kita budak tajaan, bukan parents tanggung..JPA nak tengok result woo..


tapi kan....sebenarnye belajar ni bukan sebab nak exam kan..tapi sebab we need those knowledge for our career in the future..tajdid niat balik sebab aku ni belajar kkadang sebab exam =='
e.g : Enviromnent Protection, i'll use it one day when i wan to open a clinic insyallah 
or else i can do it in my daily life..apply it in my dalily life and makes me realise how worse the environment are..so,i'll lessen usage of everything that makes the environment even worse!

okay membebel pulak

okay sambung balik, 
and hari tu after holiday dah bermula, result pun keluar..
ramai yang dah check result tapi aku tak check-check pun sebab risau

risau sangat-sangat

and disebabkan kerisauan aku yang melampau tu, aku gi mengadu kat some kawan aku..and they say 
"doa bebanyak dulu then baru check result"

"kalau belum ready,jangan bukak"

"bukaklah sebelum cuti dah bebetul mula, at least kau ada masa nak spend time kau wisely kalau result tak okay sangat"

"kalau kau takut sangat,janganlah bukak dulu..doa bebanyak dulu and tunggu sampai kau rasa kau akan redha dengan segal ketentuan yang ALLAH dah bagi kat kau ni"

itulah yang diorang cakap kat aku and my choice is, aku tunggu lama sikit baru aku bukak..
nervous macam nak ape...
sebenarnya aku nervous sangat tu sebab ape?
sebab ada satu subjek tu yang aku x sure aku boleh buat ke tak T.T
tu yang aku risau tu..carrymark pulak x strong..lagi lah risau..
memang serius x strong wehh..
memang aku harap lulus je lah..kalau tak lulus,aku x boleh balik Malaysia bulan 8 ni..waa~~~

aku doa.keep doa.and doa.
aku mengharapkan keajaiban..
and satu malam yang hening tu, aku bukak laman web universiti
masukkan ID # aku
bukak kat keputusan final exam
dan........
*tutup mata
*bukak mata
ALHAMDULILLAH, aku lulus!!!!!!


and HE gives more than i expected..
thankyou ALLAH :')
aku tak tahu nak rasa ape, bersyukur gila..nak menangis pun ada..
tapi memang bersyukur sangat..walaupun xlah tinggi sangat markah aku..
tapi aku bersyukurlah..aku pun tahu mane je kemampuan aku..
yelah,duduk di kalangan semua budak hebat,memang xlah nak kalahkan diorang hari tu kan..
tapi pasni aku kena berusaha lagi lah..the key is HARDWORKING and ALLAH..
juga RELATIONSHIP WITH HUMAN..

and aku nak share satu ayat Al-quran ni yang membuatkan aku rasa sangat menyentuh jiwa aku pasal being grateful ni..surah al maidah, ayat 6 :) * aku amek part yang last je

 Allah does not intend to make difficulty for you, but He intends to purify you and complete His favor upon you that you may be grateful.


pe yang aku dapat dari ayat ni, Allah bagi kesusahan kat aku  (kesusahan nak belajar subjek yang satu tu an nak jawab soalan tuk subjek tu)  supaya nak buat aku lagi ingat DIA, nak buat aku lagi berusaha nak belajar subjek tu  (sampai pergi memane aku bawak buku tu kat tangan aku)  and supaya aku banyak ingat kat DIA..aku hampir tersungkur..hampir give up..tapi sebab islam itu indah and kata yang kita x boleh give up, aku go on je walaupun perit..yes! kesusahan tu perit..tapi at last, Allah bagi keputusan yang aku boleh terima..keputusan atas segala usaha aku yang x seberapa..
usaha sikit takkan nak dapat 100 markah pulak kan..

and keajaiban yang ALLAH bagi kat aku tu banyak dalam markah-markah aku bila aku tengok balik..aku rasa aku tak dapat jawab banyak and aku banyak hentam tapi ALLAH tolong wehh! aku rasa yang aku hentam-hentam tu, ALLAH tolong bagi naluri kat aku supaya aku terhentam kat jawapan yang betul.sebab ada subjek tu yang soalannya aku x sempat nak jawab semua kerana masa telah habis.so,aku terpaksalah hentam daripada biarkan kosong..tapi,aku doa-doa gak lah yang ALLAH beri naluri tuk aku hentam jawapan yang betul..sebab ALLAH yang gerakkan jari kita tuk hentam tu kan and ALLAH yang bagi kita naluru tuk hentam yang mana, betul tak?
 *mungkin korang boleh buat pasni 

itulah keajaiban yang aku dapat and membuatkan aku yakin and put more faith in HIM..
insyallah..moga aku terus berada di atas jalanNYA :)
and to abah. i have updated my blog..hehe..and no worry, i'm being good here :)

p/s: sorrylah aku tak sempat nak update pasal another 4 subjek aku tu..hihi..

me.find.house

assalamualaikum..

why house hunting is so hard?

aku buat post ni sebab aku dah tension gilosss nak cari rumah.HAHAHHAHA
ni jordan weehhh
out of nowhere aku nak carii..
baru tahu pulak tu rumah yang kitorang dah cop selama ni,dah excited gila tgok2 umah tu tetbe boleh pulak dapat tahu yang sohib tu dah pass kat syabab lain..
n bile tanya kat sohib tu rupanya syabab melayu and fes year pulak..
=.='
: dorang merampas daripada kitorang ke?
 x jugak kot..mesti diorang tak tau yang kitorang dah cop umah tu ngan pakcik tu..diorang dapat                                     dengan harga 300 dinar pulak tu..kitorang dulu 250 je..

: kenapa tak akad terus dengan sohib tu nak rumah tu?
  sebab rumah tu masih under construction so xbolehlah akad lagi..

so sekarang ni house hunting kat area mana pulak ni?
mana nak cari rumah?
house,come to mama pliss =.='
dengan berhousmate seramai 6 orang,susah jugak nak cari rumah..
why house you dont want me???
 bukan sebab memilih sangat tapi tak tahulah..mungkin xde rezeki..
takpelah hati...

 allah kan ada :)
allahuma'i
moga allah permudahkan lepas ni..



tp sebenarnya banyak je aku belajar..
hihi..
aku dpt sesikit improvekan bahasa arab aku even aku cakap benda yang sama..
HAHAHHAHAHAH

and aku x buang masa dengan benda2 bukan2
aku jugak dapat kurus sebab jalan2..
sihat, bukan kurus *bajet
dapat ingat selok-belok jalan :P
aku jugak dapat insaf pada orang yang memang xde rumah tu

and dapat tengok pemandangan irbid, wakaka

moga segalanya berjalan lancar lepas ni...
doakan :)
ALLAH,mudahkan untuk kami :)

fighting!!!!!!
atrzte beau :D



syabab = pemuda lelaki
sohib = tuan rumah